Sedangkan janji bukan suatu yang pasti . . .

Saturday, September 23, 2006

akhirnya dapat jugak nonton filem HEART... itupun jenuh memujuk hubby... katanya citer tu tak sesuai ngan kami... citer tu citer remaja... aku tak peduli... nak tengok jugak... tak salahkan??!!!
Memang tak seswai pun dengan status kami... dah berkahwin dan dah ber anak ni... kat panggung tadi pun penuh ngan budak-budak remaja jer... malu + segan lah jugak... tapi wat xtahu jer... aku masih berjiwa remaja what??!!!
alasan yang aku kasi kat suami... ala, sesekali nak jugak melayan perasaan... komen dari penonton yang dah menonton majoritinya mengatakan best dan menyentuh perasaan... haaaa!!! Itu yang aku nak tengok sangat... nak merasai dan melayani perasaan....
sebut pasal kisah cinta ni... memang terlalu indah... perasaan cinta tak selalunya sama, seiringan... macam lah wajah dan rupa kita jugak, bergantung kepada umur dan kematangan... sebagai seorang manusia yang semakin menginjak usia, pastinya aku pernah melalui semuanya itu... memang terlalu indah utk dikenang... tapi sekarang ni cinta aku tak sama seperti cinta yang dulu... cinta orang yang dah berkahwin pastinya lain... cinta yang penuh kematangan...
My Heart
Irwansyah feat Acha Septriasa
Disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia ku denganmu
pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
di sini syurga kita
bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang
if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn't reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart
pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
di sini surga kita
bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang
if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn't reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

Monday, September 04, 2006


Tahniah utk Top 2 angkasawan Malaysia yang akan berlepas ke moscow bagi menjalani ujian kelayakan ke angkasa lepas... Kapten Dr. Faiz, 26thn (antara yang termuda) dan Dr Sheikh Muszaphar, 34thn, yang telah diumumkan sebentar tadi oleh Pak Lah di KLIA... tahniah tahniah dan tahniah...

Kita tunggu dan lihat antara mereka berdua ni, siapa yang akan dipilih menjadi angkasawan pertama malaysia...

Friday, September 01, 2006

Bajet 2007

Bajet 07 telah pun selamat dibentangkan sebentar tadi oleh Pak Lah. Apa yang menarik minat saya dan pastinya rakyat malaysia yang lain ;


  • Yuran peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan setarafnya dimansuhkan... ini memang patut dari dulu lagi...
  • Pengecualian cukai pendapatan terhadap pembelian buku dari RM700 ke RM1000 setahun... hehe, ok aaa tu, leh tambah buku lagi yer bang ;)
  • rokok naik 1sen sebatang... arghhhh!!!! ini sudah bagus... sebabnyer org laki ni, mahal ke murah ke, dorang nanti beli jugak, termasuklah my hubby... adoiiiii...
  • Rebet RM500 terhadap pembelian komputer ditukar kepada pengecualian cukai pendapatan sebanyak RM3000 setiap 3 tahun...
  • Subsidi RM50 utk wanita bg menjalani ujian mamogram... ermmm, sesapa yang tau pasal ni, tolong respond topik bawah yer...

Rasanya itu jerlah yang menguntungkan saya dan keluarga. Satu yang buat saya tak puas hati, pasal bayaran khas yang diberikan utk pesara... rasanya terlalu sikitlah... apa salahnya kalau bagi sebulan gaji sama macam kpd kakitangan yang masih bekerja... barulah pakcik2 and makcik2 happy sket... nak raya ni... kesian pada mereka yang anak2 yang masih kecil ... :(

Monday, August 21, 2006

Akhirnya, Datin Siti Nurhaliza...



Tahniah untuk Ct & Datuk K... Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu...

Ramai yang tak percaya, ramai yang tak suka, tapi kalau empunya diri dah berkenan??? dah ditakdirkan Ct menjadi milik Datuk K, buatlah apa sekalipun, pasti ke situ jugak perginya.

kekadang timbul jugak rasa kesian pada pasangan ni... di saat2 akhir pun masih ramai yang dok mendoakan ianya takkan (termasuk suamiku) 'terjadi'... haha... terutamanya kaum lelaki, yang masih tak dapat menerima kenyataan yang Datuk K bakal menjadi suami si Ct pujaan ramai.

Pada kaum lelaki, slamat menggigit jari... ngeh ngeh ngeh :p

Monday, August 07, 2006


haha... dalam dok terketaq-ketaq dapat gak tempat ke-4, ramai gak yang dok pulun afundi utk dia kan ... ini mesti geng si aiman tak kisah tu :p... anyway, sekalung tahniah buat haziq yang telah berjaya menyampaikan lagu Gurindam Anak Muda yang dicipta khas utk beliau... i teruja betul dengan nyanyian si haziq ni... yerlah, tak ramai yang sudi dan berminat nak bawak lagu asli camni... dan pastinya haziq takkan tenggelam sebab dia lain dari yang lain...

dan tahniah juga buat haziqfc yang dok mempromote and mengafundi sakan...

Tuesday, August 01, 2006


haha... amacam, cun tak??? langsung berubah ehh muka dia... memang takde langsung cam ina tunang mawi... memang seswai la wajah ni dengan status ex-tunang mawi... apa la si ina ni... dia buat camni lagilah si mawi tu tak heran... adoiii... memang benar statement mawi (bunyiknyer lebih kurang camni) "ina yang saya kenal dulu lain, manis, lembut, bla bla bla... "

apa-apapun, all the best untuk ina... jangan semakin tertekan udah lerrr... sesiapa yang berminat nak tau cerita terkini ina, sila ke
diananaim.com

Sunday, July 30, 2006


Tak Seindah Wajah

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Ku kira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Ku kira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

ni ler lagu antara penyebab aku tertarik pada si haziq... (tertarik pada sora jer tau!!!) time tengok konsert live tu xrasa cam best pon, tapi bila tengok ulangan keesokan hari.... perghhhhh tersentuhhh, tangkap cintan ler plak... pehtu ntah camna terrrrjoin haziqfc ler plak... haha...